Tip-tip Bijak Memandu

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledear ketika memandu dan tegaskan kepada penumpang.

2. Jangan memandu melebihi kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di harapan ataupun di belakang.

4. Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

Tag :

Bagaimana Mengikat Tali Leher (Panduan Bergambar)

Di Malaysia penggunaan tali leher telah diajar sejak di sekolah rendah. Penggunaan tali leher penting apabila menghadiri temuduga, menghadiri majlis-majlis formal atau bekerja di pejabat. Tidak dinafikan pemakaian tali leher manjadikan seseorang lelaki kelihatan kemas walaupun ia bukanlah kelengkapan pakaian yang sesuai di negara bercuaca khatulistiwa. 


Mengikat tali leher merupakan satu kerja yang leceh bagi seorang lelaki. Seringkali seseorang tidak membuka tali leher yang telah diikat untuk memudahkan penggunaan di lain masa. Sebenarnya tedapat pelbagai jenis ikatan untuk tali leher. Jika anda gemarkan kepelbagain ikatan tali leher, kami telah sediakan panduan bergambar untuk anda.


Tag :

Bagaimana Membuat Ais Batu yang Jernih

Dengan sedikit teknik mudah, anda boleh mendapatkan ketulan ais yang jernih berlainan dari ais yang pernah anda hasilkan.

Cara-caranya:
1. Gunakan air dari penapis (filter).
2. Jerang air sehingga mendidih.
3. Biarkan ia sejuk.
4. Tuangkan ke dalam bekas ais
5. Bekukan dalam peti sejuk dan siap.
Tag :

Istibra‘ - Teknik Kencing Dengan Sempurna Untuk Lelaki

Istibra' adalah cara untuk menghentikan pengaliran air kencing atau menghabiskan kencing ketika membuang air kecil. Cara ini lebih sempurna berbanding dengan berdehem-dehem atau bangun dan duduk kembali. Dalam Islam, Istibra' dituntut kepada lelaki sahaja.


Istibra’ dilakukan dengan cara:

  1. Mengurut dengan kuat antara lubang anus dan zakar sebanyak tiga kali;
  2. Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga ujung zakar sebanyak tiga kali;
  3. Menekan hujung zakar (kepala zakar) tiga kali.

Jika terasa ada air yang keluar selepas Istibra', ia tidak membatalkan solat atau wudhu' kerana Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya. Amalan Istibra' juga bermanfaat mencegah masalah prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.


Sumber
Tag :

Bagaimana Memuat Turun (Download) Video dari YouTube


Ramai pengguna internet mahu memuat turun atau download video dari Youtube. Dengan mendownload sesebuah video, pengguna boleh menyaksikan video pada bila-bila masa melalui komputer, tanpa perlu melawat laman YouTube dan menjimatkan bandwidth internet. Video tersebut boleh diconvert kepada pelbagai format lain untuk digunakan di peranti lain seperti telefon pintar, iPad atau PSP.

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk mendownload video dari Youtube. Setiap cara pula mempunyai kelebihan dan kekurangan. Mendowload video YouTube menggunakan laman web adalah cara paling mudah tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan tetapi tidak berupaya untuk memuat turun bayak video secara serentak

Tag :

Teknik Untuk Mengetahui Kedudukan Tempat Mengisi Minyak Kereta

Jka anda memandu kereta yang jarang anda bawa seperti kereta sewa atau kereta pinjam, masalah yang sering dihadapi ialah tidak tahu dimana kedudukan tangki tempat mengisi minyak. Berikut beberapa teknik mudah untuk mengatasi masalah tersebut.

1. Kedudukan handle ikon minyak pada meter sama sisi dengan tempat mengisi minyak.
Lihat betul-betul ikon minyak di dashboard kereta. Handle pam pada ikon minyak tersebut akan sama sisi dengan tempat mengisi minyak kereta anda. Jika handle ikon minyak berada pada sebelah kiri tempat mengisi minyak juga disebelah kiri dan sebaliknya.
Kelemahan: Tidak semua model kereta mempunyai ikon minyak yang sama kedudukan dengan tempat mengisi minyak. Selain itu ada pemilik kereta yang menukar jenis meter menyebabkan ikon minyak berubah.
Ketepatan teknik ini: 80%

Tag :

Cara Mengaktifkan Akaun Maybank Online atau Maybank2u

1. Pergi ke mesin ATM Maybank berhampiran. Pastikan anda sudahpun mempunyai akaun bank Maybank.
2. Pada menu utama, pilih menu Maybank2U.


3. Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

4. Masukkan no handphone anda dan pilih YA.

5. Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u.
6. Masukkan PIN laluan Maybak2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan.
Tag :
 
© Tips, Trick dan Panduan Hidup | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO