Tip-tip Bijak Memandu

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledear ketika memandu dan tegaskan kepada penumpang.

2. Jangan memandu melebihi kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di harapan ataupun di belakang.

4. Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.


5. Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan belalu.

6. Sentiasa peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba, untuk mengelakkan lepak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

7. Memandu dalam keadaaan cuaca buruk terutama hujan sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa cengkaman pada permukaan jalan basah. Pandulan kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

8. Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba atau ketika keluar susur tol.

9. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menybabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika pemanduan.

10. Elakkan memandu jika letih. Jika penat berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan atau nikmati secawan kopi untuk kesegaran dan kelegaan.

11. Anda dinasihatkan memandu kenderaan yang diselanggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair berek, tali sawat, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

12. Perhatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi mebahaya atau sebarang masalah bagi mnegelakkannya, atau supaya anda boleh memberek dengan pantas.

13. Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supa mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14. Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin sentiasa mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan dan cengakamanyang baik, Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.

15. Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagaian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduka kash dan dipasangkan tali pinggang keledar.

Sumber Berita Harian, Khamis, 21 Jun 2012 - BH1Klassifieds C23

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Tips, Trick dan Panduan Hidup | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO