Teknik Untuk Mengetahui Kedudukan Tempat Mengisi Minyak Kereta

Jka anda memandu kereta yang jarang anda bawa seperti kereta sewa atau kereta pinjam, masalah yang sering dihadapi ialah tidak tahu dimana kedudukan tangki tempat mengisi minyak. Berikut beberapa teknik mudah untuk mengatasi masalah tersebut.

1. Kedudukan handle ikon minyak pada meter sama sisi dengan tempat mengisi minyak.
Lihat betul-betul ikon minyak di dashboard kereta. Handle pam pada ikon minyak tersebut akan sama sisi dengan tempat mengisi minyak kereta anda. Jika handle ikon minyak berada pada sebelah kiri tempat mengisi minyak juga disebelah kiri dan sebaliknya.
Kelemahan: Tidak semua model kereta mempunyai ikon minyak yang sama kedudukan dengan tempat mengisi minyak. Selain itu ada pemilik kereta yang menukar jenis meter menyebabkan ikon minyak berubah.
Ketepatan teknik ini: 80%


2. Lihat model kereta lain yang sama dengan kereta anda.
Semasa memandu, cari model kereta yang sama dengan model kereta anda. Lihat dimana kedudukan  tempat mengisi minyak. Jika sukar untuk melihat sisi, lihat di belakang kereta. Ekzos kereta biasanya terletak berlawanan dengan tangki minyak untuk tujuan keselamatan.
Kelemahan: Mengganggu pemanduan. Jika asik menoleh mencari model kereta yang sama dibimbangi membahayakan pemanduan. Teknik ini juga tidak sesuai untuk pengguna kereta rare seperti DeLorean dan Alfa Romeo.
Ketepatan teknik ini: 99%

3. Lihat anak panah kecil dia sebelah ikon minyak 
Anak panah kecil sebelah ikon minyak kereta Proton Preve
Kereta terkini ada dilengapi anak panah kecil disebelah ikon minyak. Anak panah ini memberitahu dimana kedudukan tangki minyak kereta anda.
Kelemahan: Kereta model lama tidak mempunyai ikon tersebut.
Ketepatan teknik ini: 100%

4. Lihat kedudukan tangki minyak melalui cermin sisi
Sebelum memilih tempat di pam minyak, berhenti sebentar dan tarik picu pengisi minyak. Kemudian lihat melalui cermin sisi kedudukan penutup tangki minyak yang terbuka
Kelemahan: Tidak sesuai untuk kereta lama yang menggunakn kunci untuk membuka penutup tangki.
Ketepatan teknik ini: 100%

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Tips, Trick dan Panduan Hidup | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO