Cara Mengaktifkan Akaun Maybank Online atau Maybank2u

1. Pergi ke mesin ATM Maybank berhampiran. Pastikan anda sudahpun mempunyai akaun bank Maybank.
2. Pada menu utama, pilih menu Maybank2U.


3. Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

4. Masukkan no handphone anda dan pilih YA.

5. Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u.
6. Masukkan PIN laluan Maybak2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan.


7. Selesai proses pendaftaran di ATM.
8. Sekarang akses internet dan buka laman web maybank http://www.maybank2u.com.my
9. Klik pada First time login dan baca Terms & Conditions. Klik accept.

10. Untuk Access Number, masukkan no kad ATM anda. Untuk PIN pula, masukkan no PIN yang anda daftar di ATM (Langkah 6)

11. Sekarang pilih username dan password yang anda mahu gunakan untuk akses akaun Maybank2u anda.

12. Siap! Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password pada langkah 11.

* Paparan pada menu di ATM dan laman wab Maybank mungkin tidak sama 100% seperti gambar yang dipaparkan di atas. 

Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Tips, Trick dan Panduan Hidup | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO