Bagaimana Memuat Turun (Download) Video dari YouTube


Ramai pengguna internet mahu memuat turun atau download video dari Youtube. Dengan mendownload sesebuah video, pengguna boleh menyaksikan video pada bila-bila masa melalui komputer, tanpa perlu melawat laman YouTube dan menjimatkan bandwidth internet. Video tersebut boleh diconvert kepada pelbagai format lain untuk digunakan di peranti lain seperti telefon pintar, iPad atau PSP.

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk mendownload video dari Youtube. Setiap cara pula mempunyai kelebihan dan kekurangan. Mendowload video YouTube menggunakan laman web adalah cara paling mudah tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan tetapi tidak berupaya untuk memuat turun bayak video secara serentak

Menggunakan plugin/extension/add-on pada browser memerlukan pengguna install pada browser yang digunakan. Hampir setiap browser popular mempunyai plugin tersendiri yang boleh digunakan untuk mendownload video di Youtube. Seperti menggunakan laman web, menggunakan plugin tidak boleh memuat turun banyak video secara serentak.

Menggunakan software atau perisian merupakan cara terbaik jika pengguna mahu mendownload video secara pukal. Malah terdapat perisian yang mengintegrasikan butang download pada video untuk memudahkan pengguna. Namun bukan semua perisian boleh didapat secara percuma.

Disenaraikan di bawah beberapa cara untuk memuat turun video dari laman Youtube.

Menggunakan Laman Web
Terdapat pelabagai laman web yang berfungsi untuk memuat turun video dari laman YouTube. Pengguna hanya perlu meletakkan URL video pilihan dan klik butang "Download". Download link akan keluar dan pengguna boleh membuat pilihan sama FLV atau 3GP (bergantung pada laman web). Semasa memuat turun pastikan:
  • Anda telah mengistall program Java pada komputer. Jika belum download di sini dan restart browser.
  • Beberapa laman web memerlukan kebenaran dari pengguna untuk melaksanakan program Java. Klik "allow" atau "Run This Time" pada pop-up.
  • Klik pada butang download yang betul bukan pada butang download yang diiklankan.
Berikut adalah laman web yang menyediakan perkhidmatan muat turun video dari Youtube.

Menggunakan Perisian (Software)
Menggunakan perisian untuk muat turun video dari YouTube lebih berkesan kerana kadar kelajuan download yang lebih pantas selain boleh digunakan pada hampir semua video di laman web. Malah perisian-perisian ini juga boleh digunakan di laman Vimeo dan Metacafe.

Beberapa perisian yang popular yang mengintegrasikan butang download pada video YouTube ialah:

Internet Download Manager
Selepas install butang "Download this video" akan terpapar. Klik untuk download.

Real Player
Butang "Download this video" akan terpapar. Klik untuk download.


Orbit Downloader
Butang "GetIt" akan terpapar apabila poiner tetikus dihalakan pada video. Klik untuk download.

Beberapa perisian lain untuk memuat turun video YouTube. Pengguna hanya perlu menyalin URL dan pastekan di tempat yand disediakan.
Vidy Freecoder
Free Download Manager
Dwnload Videos Vonvert
YouTube Downloader

Menggunkan Browser Plugin/Add-on
Kelebihan menggunakan cara ini, pengguna boleh menmuat turun video dari laman YouTube tanpa perlu melawat laman web lain atau menginstall sebarang perisian.
YouTube Downloader (Chrome)
Ultimate YouTube Downloader (Chrome)
Best Youtube Downloader (Chrome)
WonTube YouTube (Chrome)
Video Download Helper (Firefox)
NetVideoHunter (Firefox)
Viloader (Firefox, Internet Explorer, Opera)
IE7Pro
Flash Video Downloader (Firefox, Internet Explorer, Opera)


Menggunakan Suntingan URL
Pada URL di YouTube
1. Taipkan "pwn" di hadapan "youtube" dan tekan enter.
2. Pautan kepada muat turun akan dipaparkan.

Teknik yang sama juga boleh diaplikasikan dengan menggunakan perkataan "save" dan "kick".

{ 0 comments... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Tips, Trick dan Panduan Hidup | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO